Kelas Asas ICT (Sistem Operasi dan Pengurusan Fail)

8 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 7 Mac 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu ‘Input & Output’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 12 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta asas ICT seperti sistem operasi dan cara pengurusan fail dalam komputer.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan maksud bagi sistem operasi serta kepentingan dan kaitan sistem operasi dalam komputer. Sebagai contoh, sistem operasi adalah perantaraan antara perkakasan komputer dan pengguna komputer. Sistem operasi merupakan nadi komputer dan salah satu perisian komputer yang wajib ada pada serta komputer sama ada mudah alih ataupun tidak. Peserta kemudiannya diterangkan kegunaan dan fungsi-fungsi sistem operasi seperti menghidupkan dan mematikan komputer, menyediakan paparan skrin kepada pengguna (user interface), digunakan untuk menguruskan Internet connection dan pengurusan memori dan banyak lagi. Akhir sekali peserta diterangkan asas dalam pengurusan fail komputer seperti drives, folder, subfolder dan juga fail.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali